Powered By Blogger

Tuan Tanah

Foto saya
W.putrajaya, Malaysia

Selasa, 8 Januari 2013

Nasi Briyani

 

Menu lunch 4 my fmly today like pic and title di atas.
Sesekali msti la ubh slera kan,,klu x jemu plak asyik menu yg sam.
Hy mggunakan bhn yg trdapat di dpo sj,actually aku dh kuar ke kdai but trlupe nk bli bhn2 tok wat nasi briyani. Aku hy smpat capai rempah Briyani Adabi sj. Selebihnya aku membeli barang yg tiada di dlm list. Huhu. Len nk dicari,len pula yg aku beli.Truk skali...Blom tua g tu..
Ape pon mood sepoi aku tetap aku teruskan... Disbbkan bhn pon x lengkap so lauk untuk dihidangkan bersama nasi briyani adlh ayam goreng tepung yg dihiasi bersama salad.

 

Ayam goreng sj blom cukup menyelerakan,btol x? So aku tmbh menu lauk dgn sambal sotong. Ha,,,bedal la. Itu sj yg ade di frezzer. Dgn smbal sotong,xdaq la kering sgt,ade gak la kuah. 


Aku akan share bhn2 yg diperlukan(nasi briyani)

BAHAN ASAS :

  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani (slalunya fmly Aufa pakai ADABI)
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. 1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. 2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. 3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)



Solat Dhuha


 Solat Sunat Dhuha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Solat Hajat

 



 

1. Lafaz dan niat:

.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

  
 2.  Bacaan selepas Al-Fatihah
. 
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
  
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

 3.  Membaca Tasbih
.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

 4.  Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.

5.  Doa Solat Hajat


.

Islamic Calender..

http://azliza-jaja.blogspot.com/