Powered By Blogger

Tuan Tanah

Foto saya
W.putrajaya, Malaysia

Selasa, 8 Januari 2013

Nasi Briyani

 

Menu lunch 4 my fmly today like pic and title di atas.
Sesekali msti la ubh slera kan,,klu x jemu plak asyik menu yg sam.
Hy mggunakan bhn yg trdapat di dpo sj,actually aku dh kuar ke kdai but trlupe nk bli bhn2 tok wat nasi briyani. Aku hy smpat capai rempah Briyani Adabi sj. Selebihnya aku membeli barang yg tiada di dlm list. Huhu. Len nk dicari,len pula yg aku beli.Truk skali...Blom tua g tu..
Ape pon mood sepoi aku tetap aku teruskan... Disbbkan bhn pon x lengkap so lauk untuk dihidangkan bersama nasi briyani adlh ayam goreng tepung yg dihiasi bersama salad.

 

Ayam goreng sj blom cukup menyelerakan,btol x? So aku tmbh menu lauk dgn sambal sotong. Ha,,,bedal la. Itu sj yg ade di frezzer. Dgn smbal sotong,xdaq la kering sgt,ade gak la kuah. 


Aku akan share bhn2 yg diperlukan(nasi briyani)

BAHAN ASAS :

  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani (slalunya fmly Aufa pakai ADABI)
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. 1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. 2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. 3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)



Solat Dhuha


 Solat Sunat Dhuha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Solat Hajat

 



 

1. Lafaz dan niat:

.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

  
 2.  Bacaan selepas Al-Fatihah
. 
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
  
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

 3.  Membaca Tasbih
.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

 4.  Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.

5.  Doa Solat Hajat


.

Rabu, 2 Januari 2013

Welcome 2013...

Juz want to wishes "Hepy New Year" to all blogger n rakyat malaysia n seluruh dunia. Thn baru so masing2 pon punyai azam baru kan,,, Jgn lupe,umo pon dh meningkat sethn,hihihi. Its up to uols la kan,hope kita laksanakan la azam kita tu n smg arie nie n mndtg adlh lbh bek dr seblm nie,right. Actually aku dh lama x mgupdate blog n arie nie pon aku x taw nk share ape. Aku pon x taw nape la mls aku nie tahap gaban sgt2. Aku juz byk membaca blog2 blogger len sj. Anyway,,,aku bersyukur sgt krn Allah tlh pnjgkn umo aku dan dpt menikmati kehidupan sehgga kini (2013). X taw la adakah Allah izinkan aku nikmati sehgga tamat 2013. Hope Allah pnjgkn usia ku dan jadikan aku hambaNya yg taat pd perintahNya dan mnjadi isteri yg solehah serta izinkn aku mnjadi seorg wanita bukan shj bergelar isteri ttp juga bergelar seorg ibu. Aku setia mennti.... To my husben,tq very much krn msh setia di cc n smg Allah mberkati umh tgga kita hgga ke akhit hayat kita. Semoga thn 2013 merberikn sinar baru dlm idupmu... To my blogger prens,hepy on ur 2013...

Rabu, 12 Disember 2012

Breast Cancer

Mengapa Perlu PruBSN FirstLink




Kanser Payudara???
Seringkali kita semua dgr,dr kwn2 or media cetak dan juga media elektronik.
Siapa yg tak gerun,x takut,masing2 riso termasuk la diriku n wanita2 len.
Semasa aku study nursing dulu,kerap aku temui case sebegini malah time practical tu pelbagai case kami perlu study. Rugi jk ketinggalan. Namun apabila tlh bertugas and stay plak di Obsetrik and gynae department specially at Hosp Putrajaya,jarang jmp case Breast kanser. Ade tu ade but kurg. Maybe di HKL byk la kot. Tapi baru nie aku jmp case spt kenyataan di ats. Xdaq la jakun cm dh lama x jmp. Admit ward for delivery n dlm masa sama mengalami breast canser. Apabila dh melihat case mcm nie,mulai la memberi keinsafan pd aku. Entah mengapa aku bersimpati,maksud ku di sini kesian melihat keadaannya but aku yakin pskt ku tersebut amat tabah sekali. Seorang wanita yg masih muda lg. Apa pon jua treatment yg dilakukan terhadapnya,dia akur seolah dah lali dgn perawatan yg tlh diberikan,yelah sakit mcm mn skalipon terpksa la dia terima demi mahukan kesihatanya pulih  spt sediakala. Aku terlalu yakin bhw stiap perawatan yg tlh diterimanya pasti memberi kesakitan.
Berat mata aku memndang,berat lg bahu yg memikul betul tak?
Nek krja dr off mlm,aku cari dia di ward tp menurut rkn2 krjaku,dia tlh pulg. Bagaimn la agaknya si ank kecil yg tlh dia lahirkn tu ya. Aduh....
Hihi,ke situ plak aku fikirkan.
Bl dikenangkan,ciptaan wanita tu unique skali. Mcm2 penyakit sekarang tlh menyerang wanita. Dgn pemakanan n cara hidup sekarang,kita as a women perlu bijak menangani sgalanya. Yup,,mencegah itu lbh bek dr merawat. Aku bersyukur sehingga hari ini,Allah msh memberi kesihatan yg bek kpd aku. Kdg2 terfikir juga baggaimana la nsb aku akn dtg n di ari tua kelak n aku berdoa agar Dia memberi Kesihatan yg berpnjangan kpd aku and ahli keluargaku.
Amin...Uols too yer.
Bwh nie aku nk share cikit imformasi tntg Breast Cancer. Dont miss to read k.
Yg pntg jer,elebihnya belh baca kat
-Petikan dr Medicine Net.com

What is breast cancer?
Breast cancer is a malignant tumor (a collection of cancer cells) arising from the cells of the breast. Although breast cancer predominantly occurs in women it can also affect men. This article deals with breast cancer in women.

What are breast cancer symptoms and signs?

The most common sign of breast cancer is a new lump or mass in the breast. In addition, the following are possible signs of breast cancer:
It is best to detect breast cancer before any of these signs occur by following screening mammography guidelines.
You should discuss these or any other findings that concern you with your health care professional.

What are breast cancer risk factors?
Some of the breast cancer risk factors can be modified (such as alcohol use) while others cannot be influenced (such as age). It is important to discuss these risks with your health care professional any time new therapies are started (for example, postmenopausal hormone therapy).
The following are risk factors for breast cancer:
  • Age: The chances of breast cancer increase as you get older.
  • Family history: The risk of breast cancer is higher among women who have relatives with the disease. Having a close relative with the disease (sister, mother, or daughter) doubles a woman's risk.
  • Personal history: Having been diagnosed with breast cancer in one breast increases the risk of cancer in the other breast or the chance of an additional cancer in the original breast.
  • Women diagnosed with certain benign breast conditions have an increased risk of breast cancer. These include atypical hyperplasia, a condition in which there is abnormal proliferation of breast cells but no cancer has developed.
  • Menstruation: Women who started their menstrual cycle at a younger age (before 12) or went through menopause later (after 55) have a slightly increased risk.
  • Breast tissue: Women with dense breast tissue (as documented by mammogram) have a higher risk of breast cancer.
  • Race: White women have a higher risk of developing breast cancer, but African-American women tend to have more aggressive tumors when they do develop breast cancer.
  • Exposure to previous chest radiation or use of diethylstilbestrol increases the risk of breast cancer.
  • Having no children or the first child after age 30 increases the risk of breast cancer.
  • Breastfeeding for 1 ½ to 2 years might slightly lower the risk of breast cancer.
  • Being overweight or obese increases the risk of breast cancer.
  • Use of oral contraceptives in the last 10 years increases the risk of breast cancer.
  • Using combined hormone therapy after menopause increases the risk of breast cancer.
  • Alcohol use increases the risk of breast cancer, and this seems to be proportional to the amount of alcohol used.
  • Exercise seems to lower the risk of breast cancer.



Isnin, 10 Disember 2012

Puding Roti Bakar



Bila dh boring n x taw wat per time cuti,erm tekak ni tringin la nk mkn mcm2 tok minum ptg.
Alhmdulillah,aku bru sj slesai membuat "Puding Roti Bakar".
Ari tu g nk wat tp aku tlh membuat menu len. Maka ari ni tlh trlaksana juga menu minum ptg fmly ku.
Pic kat tu menunjukkn bhw puding ku baru sj dikeluarkn dr oven. Msh pns n sdg disejukkn bwh kipas. Hihi.
Disbbkn oleh resepi mudh n bhn pon ade so sgala krja jd mudh.
Sebaik apply butter pd 6 kpg roti,aku potong kesemua roti tersebut kpd 4 bhgn n aku masukkn ke dlm loyang sedrhana size. Sebelum masukkn roti,pastikn sapu butter pd permukaan dlm loyang n bhgn tepi dlm loyang diikuti dgn taburkn kismis di bhgn ats roti.
Di dlm bekas len,aku pukul 2 biji telur n 4 sudu gula sehgga kmbang. Aku x sk manis so uols boleh ubh mengikut selera msg2. Kemudian aku cmpurkn 1 tin susu cair. Setlh semuanya sebati,aku masukkn susu td ke dlm loyang yg berisi roti n kismis td.
Biarkn selama 10 minit.
Pd masa sama,aku pnskn oven.
Seterusnya apbl roti kelihatan kmbang,boleh la mula membakar.
Aku bkr hmpir 20 minute sj. Sejukkn di bwh angin. Boleh juga dimasukkn ke dlm peti.
Slesai n sesuai untuk hidangan minum ptg kan...



Inilah hasilnya. Imej setlh dipotong.
Aku x pndai potong,imej di ats,aku potong memnjg.

Sabtu, 8 Disember 2012

Tanggungjawab Suami Isteri


Tanggungjawab Isteri

Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:
  1. Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
3.   Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa     ketiadaannya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)
 4.   Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
5.   Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6.   Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
7.   Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
8.   Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
9.   Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
Sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:

Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
   Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
   Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
    Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Islamic Calender..

http://azliza-jaja.blogspot.com/